1. Format resume terbaik
Tujuan resume anda adalah untuk menceritakan kisah hidup tentang siapakah anda, apa yang anda telah capai dan kemampuan anda secara ringkas. Dari menghasilkan resume yang komprehensif, pilihlah layout yang mudah dan bersih supaya majikan anda senang membacanya. Paling penting sekali, perlulah ada bahagian yang jelas dan tajuk utama pada resume. Jangan lupa untuk gunakan satu muka taip yang sesuai (seperti Helvetica, Arial dan Franklin Gothic) sahaja dalam keseluruhan resume anda!
2. Penggunaan warna
Gunakan warna untuk highlight bahagian maklumat yang tertentu atau memisahkan bahagian-bahagian resume. Warna-warna cerah seperti biru muda, kelabu dan pale beige merupakan warna yang paling sesuai digunakan pada resume, sedangkan warna-warna terang mungkin tidak sesuai kerana ia dapat mengalihkan pandangan pembaca dari kandungan itu sendiri. Walaupun kebanyakan resume hanya menggunakan warna hitam dan putih, warna-warna lain juga digunakan sekiranya anda memohon kerja di bidang atau industri seni kreatif.
3. Pengalaman kerja dan kemahiran yang relevan
Anda mungkin rasa tempted untuk letakkan semua kemahiran yang anda mahir pada resume, namun ia tidaklah penting jika ia tidak berkait dengan pekerjaan yang anda mohon. Jadi, anda perlu masukkan kata-kata kunci yang penting dan statement yang ringkas tentang kemahiran-kemahiran teras anda serta tekankan kemahiran secara ketara. Sekiranya anda bekerja dalam bidang teknologi, kemahiran insaniah dan programming adalah kemahiran yang dilihat oleh majikan pada resume anda.
4. Pencapaian dalam resume
Apa yang anda telah capai sepanjang kerjaya anda akan membezakan diri anda dari calon-calon lain. Tekankan pada kerja-kerja terbaru yang anda telah sumbangkan. Apa-apa sahaja yang menunjukan rekod pertumbuhan, pendapatan dan keuntungan yang membina kemahiran anda juga bagus untuk dimasukkan pada resume. Sekiranya anda berada dalam bidang yang tidak mengukur pencapaian, fokuskan pada beberapa faktor seperti:
- Adakah anda individu utama untuk pekerjaan itu?
- Bagaimana prestasi anda berbanding dengan rakan-rakan anda?
- Apakah nilai prestasi anda berdasarkan penilaian dari pengurus anda?
5. Tinggalkan maklumat-maklumat yang tidak berkenaan dari resume
Anda tidak perlu meletakkan sebarang informasi yang tidak penting pada resume kerana ia akan menyukarkan majikan untuk review latar belakang anda. Jadi, anda perlu highlightkan kemahiran dan informasi penting yang relevan pada pekerjaan yang anda mohon. Selain itu, anda juga pertimbangkan untuk meletakkan senarai berasingan jika anda ingin memasukkan nama dan maklumat bekas pengurus anda.
6. Penggunaan kata-kata kunci yang relevan
Kata-kata kunci pada resume adalah sangat penting untuk membantu resume anda menonjol. Kemahiran, kemampuan, kelayakan dan kualiti adalah beberapa komponen yang anda boleh pelajari untuk memasukkan perkataan-perkataan dalam resume anda. Lihat job postings dengan jawatan yang sama untuk memadankan kemahiran dan minat dengan resume anda. Laman web rasmi syarikat atau LinkedIn juga boleh dijadikan sebagai sumber alternatif untuk mencari kata-kata kunci berpotensi.
BONUS: Sekiranya anda tidak mahir dalam menghasilkan resume, anda tidak perlu risau kerana ada servis resume maker untuk menjimatkan masa anda! Apa yang anda perlu buat adalah pilih satu template resume dan gunakan alat-alatan yang mudah digunakan untuk customise layout yang sesuai untuk pekerjaan yang dipohon. Anda juga boleh meminta rakan anda untuk proof read resume anda sebelum menghantar kepada majikan.
Kredit Artikel : jobstore.com